“ Aku lapar. Masak untuk aku spaghetti meat ball dengan mushroom soup. Erm tak lupa jugak dessert. Aku nak pudding caramel. Masak untuk makan malam nanti.” Arah Ilham.
Aku menahan sabar. “Banyak cantik muka kau. Suka-suka hati kau je kan nak arah aku buat itu ini. Apa kau ingat aku ni kuli batak kau ke haa??” luah aku geram.
“ Yes I am. Kau memnag kuli aku pun. Apa? Kau masih tak sedar diri lagi ke yang kau tu orang gaji kat rumah aku ni. So, bila aku suruh kau buat keje tu kau buat je lah, tak payah banyak bunyi. Potong gaji karang baru tau.” Balas Ilham lagi mula naik tocang.
Arghhh! Sakitnya hati aku ni. Aku tau la aku ni orang gaji kat rumah ni tapi tak payah la nak suruh aku ikut telunjuk dia aja. Dato’ Iqbal pun tak macam ni tau. “Sabar Ayeen sabar..” aku cuba menenangkan diri.
“Kau tak payah nak mengada la. Mak Tun dah masak nasi untuk makan malam nanti. Kau makan je apa yang ada. Tak payah nak banyak songeh sangat!” Tempelak aku.
“ No..no..no.. aku tak nak makan nasi. Kalau aku cakap aku nak makan spaghetti tu buatkan je la. Lagipun nasi tu Mak Tun yang masakkan. Kau tu bukannya buat apa pun. Aku tau sangat. So, aku berbaik hati nak bagi kau buat keje, kau buat je la. Tak guna kalau papa amek kau jadi orang gaji kat rumah ni kalau kau goyang kaki je, tak buat keje.” Bidas Ilham pulak.
Hek elehh dia nie. Suka-suki je tuduh aku tak buat keje. Goyang kaki bagai. Habis yang aku dok kehulu kehilir masak, kemas rumah ni apa? Cakap tak pakai otak langsung! Huh.
“ Baiklah En. Ilham Hakimi. Saya menurut perintah. Ada apa-apa lagi yang En. Ilham mahukan?” aku mengalah. Malas nak bertekak lama-lama sebab akhirnya aku jugak yang kalah.
“ Yes! That’s my girl. Macam ni la orang gaji yang aku mahukan. Rajin dan berlemah lembut. Bukannya kasar. Barulah majikan sayang.” Katanya seraya mengejitkan mata. “ Hmm buat masa ni tak ada lagi. So, itu je lah.” Dia tersenyum sinis dan berlalu pergi.
Aku mencebik. Huh menyampah aku!
Aku menghempaskan badan aku keatas katil. “ Aduhh penatnya. Minggu pertama kat rumah ni dulu tak ada la penat sangat. Tapi semenjak mamat tak berhati perut tu balik, aku langsung tak sempat nak berehat. Ada je keje yang dia nak aku buat. Tak boleh tengok orang senang langsung.” Kataku sambil menumbuk-numbak badanku yang terasa sedikit sengal.
“ Cepatlah masa berlalu. Dah tak sabar nak balik ni.” Aku segera mencapai kalender yang bergantung ditepi katil.
“ Tinggal lagi sebulan lebih. Sabar Ayeen sabar. Kau mesti kuatkan semangat kau. Haja-haja fighting!” Aku mengenggam tangan seolah-olah member semangat untuk diri aku sendiri.
******************************************************************************
“Neesa sayang, Mama nak keluar ni. Neesa nak ikut mama ke nak tinggal dengan Kak Ayeen?” Tanya Datin Maria kepada anak bongsunya itu. Mungkin sejak akhir-akhir ni Neesa dah begitu rapat dengan aku so, bila Datin nak keluar Datin sudah tidak perlu bawa Neesa sama. Neesa pun lebih selesa kalau tinggal di rumah dengan aku.
Neesa hanya mengangguk sebagai jawapan kepada mamanya itu. Aku tersenyum. “Tak apalah Aunty. Tinggal je Neesa ni dengan saya. Saya boleh jagakan.” Aku membalas. Neesa segera datang kepadaku lalu memeluk aku. Datin Maria hanya tersenyum melihat telatah anak bongsunya itu.
“Hmm kalau macam tu tak apalah, Aunty pergi dulu. Neesa duduk baik-baik yer,jangan nakal-nakal tau sayang. Kalau Neesa baik, nanti mama balik mama kasi hadiah dekat Neesa.” Ujar Datin Maria lembut. Untuk kesekian kalinya Neesa hanya tersengih dan mengangguk. Sebelum Datin Maria berlalu pergi Neesa sempat memberikan ciuman di pipi mamanya itu.
Aku tersenyum. Tak dapat dinafikan lagi, Neesa memang seorang anak yang baik walaupun dia seorang anak yang istimewa, tak sama macam anak-anak yang lain. Tapi aku dapat lihat kasih sayang dia begitu ikhlas melalui setiap tingkah lakunya.
“Neesa..” panggil aku lembut. Neesa pantas mengalihkan pandangannya dan memandang kearahku.
Aku tersenyum. Suka betul aku tengok wajahnya itu. Rasa tenang jer. “Neesa nak makan? Neesa cakap jer Neesa nak makan apa nanti Kak Ayeen buatkan.”
Neesa hanya menggeleng. Aku kerutkan dahi. “Hmm kalau Neesa tak nak makan, Neesa nak apa? Nak tengok TV?” Tanyaku lagi.
Neesa mengangguk laju. Aku tersenyum lagi. Tak susah pun nak jaga si Neesa ni sebab dia tak banyak kerenah. Bangga aku dapat menjaga anak istimewa seperti dia. Ibu juga pasti bangga dengan aku. Aku tersengih.
“ Berangan!!” sapa satu suara dengan tiba-tiba.
Tersentak aku dengan sapaan itu. Aku pantas mendongakkan pandangan aku untuk melihat pemilik suara itu. Aku menjeling. “ Huh! dia ni lagi. Tak ada muka lain ke kat rumah ni. Bosan betul la aku. Ni tak lain tak bukan mesti nak cari pasal dengan aku la tu.” Aku membuat andaian.
“Apa yang kau dok tersengih sorang-sorang depan TV ni? Dah gila ea?” Bidas Ilham selamba.
Haa kan betul aku kata mesti nak cari pasal dengan aku. Tak ada kerja lain ke mamat ni hah?
“ Maa..mana ada aku berangan. Kau tu cakap jangan main tuduh je ea!” marah aku. Ishh apasal boleh gagap pulak ni.
“ Elehh tak berangan konon. Yang kau tersengih-sengih tu apa? Bukan berangan ke Cik Ayeen oii?” balas Ilham lagi tak mahu mengalah.
“ Encik Ilham kalau tak tahu apa-apa tolong jangan serbu tak pakai helmet boleh tak? Saya bukan sengih sorang-sorang okey. Saya sengih dekat..” ujarku seraya menhalakan jariku kearah Neesa. Ehh? Mana pulak Neesa ni pergi? Bukan tadi dia kata nak tengok TV ke? Bila masa pulak dia hilang? Duhhh malunya aku!
“ Kau sengih dekat..dekat siapa??” Tanyanya hairan.
“ Err dekat Neesa. Tadi dia ada dekat sini. Sekarang dah tak ada. Hehe.” Aku tersengih lagi untuk menutup maluku.
“ Hmm dah..dah..kau tak payah nak merepek lagi. Aku haus ni. Kau pergi dapur buatkan aku fresh orange yang tak masam tak manis. Okey? Dah pergi cepat!” arah Ilham lantang.
Aku hanya mencebikkan bibir. Cehhh, dia kata aku merepek. Aku cakap betullah bila masa aku merepek. Ishh yang si Neesa ni pun satu, bila masa dia menghilang pun tak tahu lah. Buat malu aku jer la si Neesa ni.
Setibanya aku di dapur aku lihat elok je si Neesa tu tengah makan kuih donat yang dibuat oleh Mak Tun. aku hanya menggelengkan kepala apabila melihat telatahnya itu. Tanpa membuang masa aku segera melangkah kearah peti sejuk lalu mengelurkan dua biji buah oren untuk aku buatkan fresh orange yang diminta mamat senget tu.
“ Ohh kau nak fresh orange yang tak masam tak manis yer??hehe kau rasakanlah fresh orange ni. Hahahaha” aku ketawa kuat dalam hati.
Setelah selesai memesin dua biji oren aku segera membawa keluar untuk diberikan kepada mamat senget itu.
“ Nahh..air yang kau minta tadi. Aku dah buatkan.” Beriku kepadanya yang sedang leka membelek surat khabar.
“Ohh thank you my dear maid.” Ujarnya seraya mengambil air itu. Aku menahan tawa.
“ My dear maid ya? Bila kau nak minum nanti baru la kau tau my dear maid ke tak aku ni. Hahaha.” Aku tersenyum lagi.
Belum sempat kaki aku melangkah pergi aku terdengar Ilham menjerit.
“Ayeennnn!!” aku pantas melihat kearahnya. Aku hanya tersengih apabila aku terlihat habis air oren yang aku buatkan tadi memercik diserata meja. Tahulah aku yang dia dah minum air itu. Aku tersengih puas.
“Apa kau dah buat dengan air aku ni hah? Kenapa dia rasa masin? Tanya Ilham menahan amarah.
“Laa..bukan Encik Ilham jugak ke kata yang Encik Ilham tak nak air yang masam dengan manis? Manalah saya nak cari air oren yang tak masam tak manis tu Encik Ilham? So, untuk tidak menghampakan permintaan encik Ilham saya campurla dengan garam. Haa dah tak rasa masam or manis kan? Bijak tak saya encik Ilham? Hehehe.” Aku membalas dengan segihan lebar.
Ilham angkat kening. Ohh budak ni nak mainkan aku yer. Okey fine kita akan tengok siapa yang bakal ketawa kemenangan dan siapa yang akan menangis kekalahan. Kini giliran Ilham pulak yang tersengih lebar.
Aku kerut dahi. Ehh apasal mamat ni sengih pulak? Dia tak marah ke. Tiba-tiba aku terasa meremang pulak bulu roma aku bila terlihat dia sengih macam tu. Erkk! Bala apa pulak nak timpa kat aku ni. Ah sudahhh. Aku mula cuak.
Best best! Teruskan usaha! Tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni.. Hehe :D
ReplyDeletehye dear thnx taw sudi komen..bab 5 dah siap dah..tggu nak post jer..sabar k :)
ReplyDelete