Followers

Tuesday, 22 May 2012

Cinta Buat Si Chubby Bab 1

Views

“Ayeennnn!! Bangunnn…matahari dah tegak terpacak atas kepala pun kamu tak reti-reti nak bangun lagi ke hah? Anak dara jenis apa la kamu ni? Pemalas!” Nyaring suara ibu memanggil aku. Lambat-lambat aku buka juga mata ini dan terus bangun untuk mandi. Alah Ibu ni kacau lah..awal lagi kot baru pukul 8. Lagi pun bila lagi nak bangun lambat masa cuti ni la aku nak bangun lambat sikit. Tu pun dah kena bising.
“ Yelah-yelah..Ayeen bangun la ni ibu..alahh Ayeen bangun lambat sikit pun ibu da bising. Apalah ibu nie tak sporting langsung.” Balas aku kepada ibu.
“Banyaklah kamu punya sporting. Kamu tu anak dara, kamu ingat elok ke kamu dok bangun lambat-lambat macam tu. Entah siapalah yang nak kahwin dengan kamu nanti pun ibu tak tahu lah Ayeen oii.” Marah ibu padaku lagi.
“Eh ibu ni apa kaitan pulak bangun lambat dengan hal kahwin ni Bu. Lagipun Ayeen muda lagi la Ibu..baru 20 tahun.” Balasku pura-pura tidak faham apa yang diperkatakan oleh ibuku. Ibu pun satu la kalau tak sebut pasal kahwin satu hari tak sah. Tahu la anak dia ni tak cantik dah la gemuk siapa la nak kat anak ibu nie pun tak tak tau lah. Monologku dalam hati.
Setelah selesai mandi aku terus melangkah ke dapur untuk bersarapan. “ Ibu masak apa ibu? Ayeen lapar lahh hehe.” Sengihku.
“Ha tau pulak kamu lapar yer..dah tau lapar tu bukannya reti nak bangun awal-awal siapkan sarapan. Ini tak kita pulak yang tolong siapkan untuk dia. Apa kamu ingat kamu tu Tuan Puteri ke Ain Najla oii.” Leter ibu lagi padaku. Aku hanya buat muka seposen sambil tersengih menunjukkan gigi.
“Alaa ibu ni.Ayeen bukannya selalu balik sini. So, time-time cuti sem macam ni la Ayeen nak bermanja dengan ibu pun.” Kataku seraya memeluk ibu dari belakang dan memberikan ciuman di pipi ibu. Alahh nak bodek hati ibu la katakan hehe.
“Patutnya time-time cuti ni la kamu tu kena belajar memasak Ayeen. Ibu nie bukannya nak menongkat langit nak masak untuk kamu sampai ke tua. Entah bila, esok atau lusa ibu tak ada siapa yang nak masakkan untuk kamu kalau kamu tak belajar memasak dari sekarang Ayeen? “ Bebel ibu panjang.
Alamak panjang pulak bebel ibu kali ni. Tak sempat tepis aku. Selalunya sempat jer kalau aku nak tepis hehe. “Okey-okey ibu…Ayeen janji mulai esok Ayeen akan tolong ibu masak,kemas rumah,sapu-sampah. Ye ibu ye?” Aku cuba memujuk ibu.
“Hmm yelahh..dah pergi makan tu. Ibu ada goreng Mee tadi.” Ujar ibu lagi.
“Okey bu.”Balasku pendek.
Keesokkan harinya ketika aku sedang sibuk membantu ibu di dapur, Mak Cik Milah jiran sebelah rumahku telah datang ke rumah.
“Assalamualaikum..Kak Na..Oo Kak Na..” laung Mak Cik Milah kuat.
“Hah Ayeen cuba kamu pergi jenguk siapa yang datang tu. Ibu rasa macam dengar suara Mak Cik Milah kamu jer.” Suruh ibu. Tanpa membantah aku segera meninggalkan dapur untuk melihat siapa yang datang ke rumahku itu.
“Ohh Mak Cik Milah..jemputlah masuk. Mak ada kat dapur tengah masak.” Sapaku ramah.
“ Eh Ayeen? Bila balik? Mak cik tak tau pulak kata kamu ada kat rumah ni haa. Kamu cuti ke?lama ke cutinya?” balas Mak Cik Milah bertalu-talu dengan soalan.
“Saya sampai semalam Mak Cik Milah. Haah tengah cuti. Ada la dalam 2 bulan lebih.” Balasku seraya tersenyum kepadanya.
“ Ohh baguslah kalau macam tu. Ibu kamu tu nanti tak de lah sunyi sangat kat rumah ni. Hmm nak harapkan kat Along kamu tu,memang payah lahh..setahun sekali pun susah nak nampak muka dia. Apa yang disibukkan sangat pun tak tau lah kat Kuala Lumpur tu.” Ulas Mak Cik Milah.
“Along tu memang sibuk Mak Cik Milah. Dia kan pegang jawatan besar kat Syarikat di Kuala Lumpur tu. Saya tau Along saya bukannya saja-saja tak nak balik sini. Mesti dia sibuk sangat la tu.” Belaku keatas Along. Aku tahu sangat perangai Along aku tu. Dia bukan seorang anak yang tidak pandai menjaga hati ibu bapaku. Malah dia sangat disayangi oleh arwah ayahku serta ibuku. Aku juga menyayanginya kerana dialah satu-satunya abang yang aku ada. Kami hanya dua beradik. Bagi ibu dan arwah ayah kami la penawar kami la racun.
“Iyalah, itu Mak Cik tau. Niat Mak Cik baik,bukannya Mak Cik saja-saja nak mereka-mereka cerita pasal Along kamu tu. Mak Cik cuma kesiankan ibu kamu itu haa. Dah la anak dia dua orang kamu je,dah tu dua-dua orang jauh dari dia. Sorang kat Kuala Lumpur dan kamu pula kat Kedah. Kalau sakit demam ibu kamu siapa yang nak jaga? Nasib baiklah ada Mak Cik boleh jugak tolong tengok-tengok kan ibu kamu tu.” Balas mak cik Milah panjang.
“Ehh dah lah,kalau nak melayan kamu sampai kesudah tak habis. Haa..ibu kamu mana? Mak Cik ada hal nak cakap dengan ibu kamu ni.”
“ Ibu ada di dapur. Ye lah Mak Cik Milah. Terima kasih lah sebab selama ni Mak Cik tolong tengok-tengokkan ibu saya tu.”
“Hmm yelah.” Balasnya pendek seraya menapak kearah dapur.

“Hah Milah,ada apa kamu datang sini. Apa yang dibisingkan tadi dengan si Ayeen tu sampai ke sini hah dengar.” Tegur ibu.
Mak Cik Milah terus duduk di meja makan seraya menjawab “tak de apalah Kak Na. Saja je nak borak dengan si Ayeen tu. Kan dah lama tak jumpa dengan dia. Itu yang sembang sakan tak ingat tu.” Kata Mak Cik Milah sambil ketawa.
Aku hanya mencebikkan mulut. Malas nak ambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh Mak Cik Milah itu.
“Aku dengar kamu kata ada hal nak bagitahu aku kat Ayeen tadi? Hal apa Milah?” Tanya ibu tidak sabar.
“Hah hampir terlupa pulak saya. Macam ni tadi adik saya si Farouq tu balik. Dia kata majikan dia kat Kuala Lumpur tu nak cari orang gaji sementara dalam 2 bulan sebab dia tengah sibuk sekarang ni menguruskan syarikat baru dia di Jepun. Hah dah alang-alang kamu cuti ni Ayeen apa kata kamu je yang pergi kerja dekat sana. Boleh la jugak kamu dapat duit poket cuti-cuti ni. Tak de lah kamu duduk rumah saja membela badan.” Perli Mak Cik Milah sambil menjeling kearahku.
“Hah orang gaji?ehh tak nak la Ayeen. Ayeen balik nak cuti nak duduk kat rumah yang Mak Cik Milah pulak sibuk-sibuk suruh orang pergi kerja kenapa? Kalau orang tak balik tu bising sangat kata tak dak orang jaga ibu lah. Ni orang da cuti nak duduk rumah tengok-tengokkan ibu sibuk suruh pergi kerja pulak. Ishh tak nak la Ayeen.” Balasku laju sambil menggeleng kepala.
“Kamu jangan nak memilih kerja sangat Ayeen. Kamu jangan ingat kamu dah belajar tinggi-tinggi tu kamu boleh terlepas la dari duduk kat ceruk dapur ni memasak? Kamu kena ingat yang sepandai mana pun anak perempuan tu belajar lama-lama ke ceruk dapur jugak Ayeen. Kamu kena ingat tu.”
“Alahh tu ayat cliché la Mak Cik Milah. Dah lapuk pun. Lagipun Ayeen bukan memilih la. Ayeen tau yang tempat orang perempuan kat dapur jugak even diorang belajar sampai ke tahap Phd. Cuma, yelah Ayeen pun bukannya tau memasak sangat pun. So, macam mana Ayeen nak jadi orang gaji. Nak masak kat rumah ni pun Ayeen tak lepas lagi.” Aku membalas lagi.
Ibu hanya mendengar perbalahan antara aku dengan Mak cik Milah. Aku tahu ibu pasti tak setuju untuk melepaskan aku pergi ke Kuala Lumpur itu untuk menjadi orang gaji. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali apabila aku mendengar jawapan balas dari ibu.
“Pergilah. Pergilah Ayeen. Ayeen duduk rumah ni pun bukan Ayeen buat apa-apa. Dari Ayeen duduk saja tak buat apa-apa kat rumah ni, lebih baik Ayeen pergi saja kerja kat rumah tu. Dapat la jugak duit poket macam yang Mak Cik Milah kamu katakan tu.” “Lagi pula, tak lama mana pun. Dua bulan je. Kamu jangan risaukan ibu. Mak Cik Milah ada dia boleh tolong tengok-tengok kan ibu nanti. Kamu pergi ye??” pujuk ibu lagi.
Aku mengeluh perlahan ketika mendengar kata-kata ibu itu. Tidak ku sangka yang ibu akan menyokong kata-kata Mak Cik Milah.
“Tapi ibu…” aku cuba membalas tapi segera dipintas oleh ibu.
“Tak de tapi-tapi Ayeen. Keputusan ibu muktamad. Hah Milah bila majikan si Farouk tu nak pakai orang gaji tu?” Tanya ibu.
“Kalau tak silap saya minggu depan. Sempat lagi la kalau kamu nak belajar apa-apa yang patut dari ibu kamu ni Ayeen. Nanti tak de la susah sangat bila ada kat rumah orang nanti.”
“ Baguslah kalau macam tu. Esok kamu tolong beritahu si Farouk tu ye Milah.”
“Yelahh Kak Na. Esok saya telefon dia bagitahu. Minggu depan bolehlah dia datang sini ambil Ayeen.”
Dan aku hanya mendengar perbualan antara ibu dengan Mak Cik Milah dengan berbagai jenis perasaan. Aduhh!aku jadi orang gaji? Masak air boleh la der..huhuhu

Bab 1 dari saya. maaf kalo ada byk kesalahan coz first time menulis hehe. hope korang suka dan boleh terima :)

No comments:

Post a Comment

Ehh komen la siket..hehe :)