Followers

Wednesday, 23 May 2012

Cinta Buat Si Chubby Bab 3

Views
Sedar tak sedar dah hampir seminggu aku menjadi orang gaji sementara kat rumah banglo ini. Dan selama hampir seminggu ni aku langsung tak nampak kelibat anak sulung Dato’ Iqbal. Apa yang aku tahu anak sulung Dato’ Iqbal tu laki. Itu pun aku dapat tahu setelah bertanya pada Mak Tun. Aku juga diterima baik oleh Dato’ Iqbal serta Datin Maria dan tak lupa juga anak bongsu Dato’ Iqbal si Aneesa tu. Mak Tun pun banyak bantu aku dalam menguruskan kerja-kerja dirumah ini. Tapi yang tak bestnya, Aleeya. Aleeya nampaknya masih tak boleh terima kehadiran aku dirumah ni. Itu baru Aleeya, agak-agak anak sulung Dato’ Iqbal boleh terima ke kalau dia tahu aku ada kat sini?
“hmmphh” tiba-tiba aku termengeluh panjang.
“ Kenapa mengeluh ni Ayeen? Tak baik tau mengeluh-mengeluh ni. Kenapa? Ayeen ada masalah ke?” Tanya Mak Tun setelah mendengar keluhan aku.
“ Err tak ada apalah Mak Tun. Mungkin saya penat sikit kot.” Kataku cuba berdalih.
“ Mana boleh tak ada apa-apa. Ini mesti ada sesuatu. Kalau tidak Ayeen takkanlah mengeluh sampai macam tu sekali.” Tebak Mak Tun cuba mengorek isi hati aku.
Aku tersengih. “ Entahlah Mak Tun. Saya pun tak tau nak cakap macam mana.” Aku cuba berdalih lagi.
“ Ayeen tak suka ke tinggal sini? Ayeen tak selesa?” Teka Mak Tun lagi.
“ Eh Mak Tun janganlah cakap macam tu. Ayeen suka sangat tinggal sini. Dato’ baik, Datin pun ramah je dengan Ayeen. Cuma yang jadi masalah sekarang ni si Leeya tu. Leeya tu macam tak suka je dengan Ayeen Mak Tun. Ayeen dah buat macam-macam dah nak bagi dia cakap dengan Ayeen tapi dia tetap macam tu jugak. Ayeen rasa serba salahlah Mak Tun.” ujarku panjang lebar.
“ Kalau pasal si Leeya tu, Ayeen jangan risaulah. Leeya tu memang macam tu. Dia tu pendiam sikit. Bukan setakat Mak Tun, dengan Dato’ dan Datin pun dia jarang bercakap. Yang dia rapat pun dengan Ilham. Tapi sekarang ni tengoklah si Ilham tu dah jarang balik sini. Entah apalah yang disibukkan tu pun Mak Tun tak tau. Padahal kerja dengan syarikat papa sendiri.” Cerita Mak Tun. “Ehh kamu tolong Mak Tun siangkan ikan ni kejap. Mak Tun nak pergi belakang kejap ambil serai.”
Aku hanya mengikut apa yang disuruh Mak Tun. Buat sementara ini, kerja-kerja aku lebih banyak membantu Mak Tun.
“ Mak Tun buatkan Am air. Am dahaga la Mak Tun.” Tiba-tiba sahaja ada satu suara garau menyapa aku dari belakang. Hampir terlepas ikan ditangan aku. Aku hanya statik disitu tidak bergerak.
Ilham hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pelik. Mak Tun tak dengar ke apa yang dia suruh tadi. Perlahan-lahan Ilham bergerak kearah Ayeen yang sedang menyiang ikan itu.
“ Mak..ttt..” Hampir terbeliak biji mata Ilham apabila terpandang wajah Ayeen. Mati-mati dia sangkakan Mak Tun tadi. “Eh kau siapa?” Tanya Ilham pelik.
“ Err saya..saya..” tergagap-gagap Ayeen mencari jawapan untuk pertanyaan Ilham itu. Mujurlah Mak Tun cepat sampai.
“ Hah balik pun kamu Ilham. Mak Tun ingat kamu dah lupa jalan nak balik kesini dah.” Bidas Mak Tun kepada Ilham.
Ilham tersengih. “Hehe apalah Mak Tun ni. Ada pulak cakap macam tu kat Am. Am masih ingat la jalan balik sini. Inikan rumah Am jugak. Cuma lately ni Am busy la Mak Tun. By the way Mak Tun..siapa ni? Tanya Ilham lagi seraya memandang kearahku.
Aku jadi tidak senang dengan pandangan dia. Nasib baiklah aku memang bertudung sebagai persediaan kalau-kalau Dato’ Iqbal balik mengejut. Tapi hari ini anak dia pulak yang balik mengejut. Nasib baiklah aku tak pengsan tadi masa kena tegur dengan dia. Tidak malu jugak muka aku ni. Mana nak letak muka aku ni? Takkan nak letak bawah meja kot? Tak pun letak dalam kabinet kat dapur ni? Huhu.
“ Oh ni Ayeen. Orang gaji sementara yang papa kamu carikan. Itulah kamu tu lama sangat tak balik sampai hal yang jadi dalam rumah ni pun kamu tak tau. Tu papa kamu tu entah sakit ke sihat ke ada kamu teringat nak balik jenguk dia? Mama kamu tu..adik-adik kamu lagi. Mak Tun bukan apa Am Mak Tun kesiankan adik-adik kamu tu, terutamanya si Neesa tu. Papa dengan Mama kamu dah la sibuk, kamu pulak jarang balik sini. Siapa yang nak jaga diorang? Tolong tengok-tengokkan sakit pening diaorang tu.” Mak Tun membebel panjang.
Ilham hanya tersengih. “Am tau tu Mak Tun. Am mintak maaf okey? Am janji Am takkan buat macam tu lagi dah. Lagipun Am tau Mak Tun kan ada nak tengok-tengok diorang semua kat rumah ni.” Balas Ilham cuba berjanji kepada Mak Tun.
“ Iyalah kamu tu. Kamu kena buktikan yang kamu takkan buat macam tu lagi dah. Jangan pandai cakap je buatnya tak.” Bebel Mak Tun lagi.
“ iyee Mak Tun. Am janji Am takkan buat lagi dah.” Janji Ilham bersungguh-sungguh pada Mak Tun.
Fuhh Mak Tun ni boleh tahan jugak kalau membebel. Dah macam ibu pulak aku tengok. Aku tersengih sendiri.
“ Hah, yang kamu ni Ayeen sengih sorang-sorang kenapa? Pergi buatkan air kat Am tu. Tadi dia ada mintak air kan? Kenapa kamu tak tolong buatkan?”
Gulp! Macam mana boleh aku tersengih sorang-sorang pulak ni? Alamak malunya akuuu!!
“ Err ye Mak Tun. Saya nak pergi buatlah ni.” Balas ku cepat-cepat berlalu untuk membancuh air yang dimintak lelaki itu.
Dan aku dapat lihat yang lelaki tu tersenyum sinis kepadaku.


******************************************************************************
Ketika kakiku hendak melangkah masuk ke dapur, aku terdengar perbualan antara lelaki itu dengan Mak Tun.
“ Darimana papa kutip budak tu Mak Tun? Tau ke dia buat kerja-kerja rumah ni? Am tengok gaya dia macam makan je tau. Hahaha.” Ilham ketawa besar.
“Apa? Kutip? Amboi-amboi sedapnya bahasa yang lelaki tu guna. Apa dia ingat aku ni barang mainan ke apa nak main kutip-kutip bagai. Apa? Makan je aku tau? Heh. Ini Ain Najlalah. Kalau tak reti buat kerja rumah, masak jangan panggil aku Ayeenlahh.” Marahku dalam hati.
“Ishh kamu ni Ilham. Ada pulak kamu kata macam tu dekat si Ayeen tu. Dengar dek Ayeen tu tak ke kecik hati dia nanti? Papa mintak tolong Uncle Farouk yang carikan. Dengar kata Ayeen ni anak jiran kakak dia di kampung tu. Balas Mak Tun membelaku.
Aku masih lagi dibalik pintu memasang telingan mendengar perbualan mereka. Ya, aku tahu perbuatan aku ni agak tidak senonoh sebab mencuri dengar perbualan orang. Tapi orang yang diorang sembangkan tu pasal aku. Tapi, apa-apa pun terima kasih Mak Tun sebab membela saya. Dan kau Ilham, mulai hari ini aku akan lancarkan perang dengan kau!
“ Entahlah Mak Tun.Am tak rasa yang budak tu boleh buat kerja-kerja rumah, memasak apa semua ni. Tengok gaya pun Am dah tau dah Mak Tun.” balas Ilham dengan bongkak.
Berdesing telinga aku ni bila mendengar dia cakap macam tu. “Walawehh! Ini satu penghinaan. Apa dia ingat aku ni teruk sangat ke sampai masak pun tak tau. Ehh belum cuba belum tahu tau!” Huh marah betul aku.
Aku dah tak sanggup nak dengar lagi apa yang bakal diperkatakan oleh laki itu nanti. Cepat-cepat aku melangkah masuk ke dapur. Dan lelaki itu hanya mendiamkan dir ketika aku masuk kedapur itu.
“ Kamu kemana Ayeen?” Tanya Mak Tun.
“ Tak pergi mana pun Mak Tun. Saya just pergi bagi makan ikan jer kat kolam depan tu.” Ujarku pada Mak Tun. Aku langsung tidak menghiraukan kehadiran lelaki itu. Hati aku masih sakit dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu tadi. “Kenapa? Mak Tun cari saya ke? Ada apa-apa yang Mak Tun nak saya buatkan?” tanyaku.
“ Tak ada apa-apa lah. Bukan Mak Tun yang cari kamu tapi Am ni hah yang cari kamu.”
Membulat mata Ilham seraya memandang kearah Mak Tun. “ Ehh apa pulak Am Mak Tun? Bila masa pulak Am cari budak ni Mak Tun?” Ilham pantas membalas. Mak Tun hanya ketawa.
“ Hahaha Mak Tun gurau je lah. Sejak bila kamu jadi cepat menggelabah ni Am?” Mak Tun menggeleng melihat telatah Ilham. Dan aku pulak hanya ketawa kecil. Tau pun takut. Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Ehh komen la siket..hehe :)