Setelah bertungkus lumus, perit jerih aku menghabiskan masa-masa cutiku yang terluang dengan mempelajari segala jenis masakan, akhirnya tiba sudah masanya untuk aku bertolak ke Kuala Lumpur itu. Perkhabaran tentang pemergianku ini telah pun dikhabarkan kepada Along. Iyalah kalau tak beritahu kat Along siapa lagi yang boleh ibu harapkan untuk tengok-tengokkan aku di sana nanti. Kalau ada apa-apa hal nanti boleh la aku minta tolong dengan Along. Tiba-tiba hatiku berasa sebak untuk berpisah dengan ibu. Yelah cuti aku baru bermula,tak sempat lagi aku nak bermanja dengan ibu, tiba-tiba disuruh pergi kerja pula. Kalau dekat tak pe lah jugak ni di Kuala Lumpur. Jenuh la aku menanggung rindu nanti! “Eh kau ni Ayeen cakap macamlah Kuala Lumpur dengan Melaka tu jauh sangat. Manja!” Minda aku bermain kata.
“Ibu…kalau Ayeen tak pergi tak boleh ke bu. Ayeen tak puas lagi duduk rumah ni. Kenapa ibu suruh Ayeen pergi sana kerja pulak? Ayeen nak duduk rumah dengan ibu.” Ujarku sayu sambil menahan tangis.
“Kamu ni manja sangat la Ayeen. Ibu bukannya suruh kamu pergi berperang, ibu cuma suruh kamu pergi kerja,itu saja. Lagipun kalau kamu pergi ibu pasti kamu akan mendapat pengalaman yang tak kan kamu lupakan nanti. Percayalah cakap ibu. Selama ni kamu berjauh dengan ibu tak apa pun, ni kamu kena pergi dua bulan dah nak nangis ke?” pujuk ibu sambil ketawa.
Aku hanya mendiamkan diri. Tak mampu rasanya untuk aku membalas nanti takut pula banjir di daerah Masjid Tanah ni dengan air mata aku. Aku segera memeluk ibu.
“Sudah-sudah la tu Ayeen. Betul cakap ibu kamu tu. Kamu tu manja sangat. Umur kamu tu bukannya muda lagi. Sepatutnya dah boleh kahwin pun.” Sela Mak Cik Milah.
Aku hanya mencebir. Biarlah aku nak manja pun. Lagipula aku manja bukannya dengan siapa-siapa pun dengan ibu aku sendiri jugak.
“Alahh Mak Cik Milah apa tau. Ayeen manja pun dengan ibu Ayeen yang Mak Cik Milah sibuk-sibuk tu kenapa?”balasku lancar tanpa mempedulikan perasaan orang. Geram punya pasal memang aku tak fikir perasaan orang lain dah.
“Ayeen!kenapa cakap macam tu dengan Mak Cik Milah. Mak Cik Milah bukannya kawan-kawan Ayeen yang boleh Ayeen cakap macam tu. Dah cepat minta maaf dengan Mak Cik Milah.” Marah ibu padaku.
“Yelah-yelah Ayeen minta maaf.” Balasku nak tak nak.
Mak Cik Milah hanya menganguk.
“ Dah cepat, Pak Cik Farouk dah lama tunggu kat kereta tu. Nanti lambat pula sampai kat KL tu.”
Aku cepat menyalami tangan ibu dan Mak Cik Milah seraya menjawab, “alahh ibu macam la KL dengan Masjid Tanah ni jauh sangat.”
Ibu hanya tersenyum mendengar kataku. Dan aku cepat-cepat masuk kedalam kereta.
“Fuhhh besarnya rumah nie.” Kataku dalam hati.
“ Ini ke rumah tu Pak Cik Farouk?” Tanyaku pada Pak Cik Farouk meminta kepastian.
“Iyalah,betullah tu. Kejap, Ayeen tunggu sini kejap Pak Cik Farouk nak tekan loceng.” Ujar Pak Cik Farouk.
Selepas beberapa saat Pak Cik Farouk membunyikan loceng, kelihatan seorang mak cik datang membukakan pintu pagar.
“ Assalamualaikum Kak Tun. Dato’ ada?” sapa Pak Cik Farouk mesra.
“ Waalaikumussalam. Oh Farouk. Dato’ ada kat dalam. Jemputlah masuk dulu, nanti Kak Tun panggilkan Dato.” Balas Mak Cik yang dipanggil Kak Tun oleh Pak Cik Farouk.
“Hah yelah. Ayeen jom masuk.” Ajak Pak Cik Farouk. Aku hanya mengangguk.
Aku dan Pak Cik Farouk melangkah ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Terasa janggal pula ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah yang besar itu. Macam manalah aku nak menyesuaikan diri aku dengan keadaan sekeliling rumah ini ditambah lagi dengan penghuni-penghuni rumah banglo ini.
“ Hah Farouk ada apa awak datang kesini? Ada hal syarikat ke?” sapa Dato’ itu.
“ Eh bukan Dato’. Bukan hal syarikat yang membawa saya kesini.” Balas Pak Cik Farouk.
“ Habis kalau bukan hal syarikat, hal apa Farouk? Tak pernah-pernah kamu datang kesini kalau tak ada hal yang penting.”
“ Macam ni Dato’. Dato’ ingat lagi tak dulu dato’ pernah cakap kat saya yang Dato’ nak cari orang gaji sementara. So, hari ni saya ada bawakan seseorang untuk jadi orang gaji sementara tu Dato’.”
Dato’ itu hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Pak Cik Farouk.
“ Ini Ain Najla. Anak jiran kakak saya di kampung.” Pak Cik Farouk memperkenalkan aku kepada Dato’ itu.
“ Hah Ayeen ini Dato’ Iqbal, majikan Ayeen untuk dua bulan ni.” Ujar Pak Cik Farouk lagi.
Aku hanya mengangguk. “Apa khabar Dato’?” Tanyaku sedikit gugup.
Dato’ Iqbal hanya tersenyum kecil melihat aku. “ Khabar baik Ain. Ain sekarang umur berapa? Masih belajar lagi?”
“ Panggil saya Ayeen saja Dato’. Umur saya 20 tahun dan saya masih lagi belajar di Uitm di Kedah Dato’.” Balasku yang sudah sedikit selesa dengan Dato’ Iqbal yang aku kira seorang yang peramah itu.
“ Oh muda lagi. Boleh ke Ayeen buat kerja-kerja rumah ni? Tapi tak pa, Ayeen jangan risau sebab Mak Tun ada untuk tolong Ayeen uruskan kerja-kerja dekat rumah ni. Ayeen dah kenalkan dengan Mak Tun ?” Tanya Dato’ Iqbal.
“ Dah.” Anggukku laju.
“ Baguslah kalau macam tu. Ayeen jangan malu-malu, Ayeen buat je rumah ni macam rumah Ayeen sendiri. Lagipun rumah ni ada berapa orang je pun. Ada saya, isteri saya, dengan 3 orang anak saya. Tapi anak saya yang sulung tu jarang balik sini. Kadang-kadang je nampak muka dia kat rumah ni. Anak saya yang nombor dua pulak masih lagi bersekolah. Baru tingkatan empat. Yang adik pulak iaitu anak bongsu saya istimewa sikit dan saya harap awak dapat la jaga dia dengan baik.” Terang Dato’ Iqbal panjang.
“Insya-Allah Dato’ saya akan lakukan kerja saya sehabis baik” balasku dengan penuh yakin. “Tapikan Dato’ bukan ke Mak Tun dah ada tapi kenapa Dato’ masih nak cari orang gaji sementara lagi?” Tanyaku.
“ Hahaha saya dah agak kamu mesti tanya soalan ini. Sebenarnya saya tak nak susahkan Mak Tun. Kamu sendiri pun tengokkan yang Mak Tun tak ada la kuat mana. So, saya tak nak bebankan Mak Tun dengan kerja-kerja yang berat. Sebab itulah saya suruh Farouk carikan orang gaji sementara untuk dua bulan ni sementara saya tengah sibuk uruskan syarikat baru saya di Jepun tu.” Balas Dato’ Iqbal lagi.
“ Oh kalau macam itu tak apa lah Dato’. Maaf saya banyak bertanya pulak hehe” kataku seraya tersengih dihadapan Dato’ Iqbal.
“ Tak ada apalah. Saya suka orang yang suka bertanya ni. Nanti kalau Ayeen ada apa-apa masalah Ayeen bagitahu saya saja ye. Jangan malu-malu. Okey?”
“ Baik Dato’.” Ujarku penuh yakin dan tersenyum.
“ Baiklah, Dato’ kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu la.” Celah Pak Cik Farouk setelah lama mendiamkan diri. “Ayeen,kamu jaga diri kamu baik-baik,ingat pesan ibu kamu tu. Pak Cik Farouk balik dulu.” Pamit Pak Cik Farouk.
“Baiklah Pak Cik Farouk. Pak Cik Farouk jangan risau pandai-pandailah saya bawa diri nanti. Terima kasih tau Pak Cik Farouk sudi hantar saya ke sini” ujarku ikhlas.
“Hmm baguslah kalu macam tu. Dato’ saya balik dulu” ujar Pak Cik Farouk seraya berlalu pergi.
Dato’ hanya membalasnya dengan anggukan. “ Kamu pergilah masuk bilik dulu berehat. Hari ini kamu tak payah buat apa-apa lagi. Mak Tun!! Tolong tunjukkan bilik kat Ayeen ni.” Jerit Dato’ Iqbal nyaring memanggil Mak Tun. terkocoh-kocoh Mak Tun datang dari arah dapur.
“ Hah Ayeen kamu ikut Mak Tun. Saya nak keluar sekejap ada hal sikit. Nanti isteri dengan anak-anak saya balik la tu. Diaorang keluar pergi shopping. Karang diorang balik kenal-kenal la ye.” Ujar Dato’ Iqbal sebelum melangkah keluar.
Pantas aku mengangguk “Baik Dato’.”
“Ayeen..jom Mak Tun tunjukkan bilik Ayeen. Lepas tu boleh la Ayeen berehat.”
“Hmm yelah Mak Tun.” ujarku pendek.
Setibanya aku dibilik, aku segera merebahkan badanku di atas katil. “Arghhh penatnya! Mengantuk la pulak huhu. Kalau aku tidur kejap boleh tak?hehe.” kataku dalam hati.
“Ish..ish..ish.. kau ni Ayeen.sedar-sedarlah diri tu datang nak keje bukan nak bercuti. Kau tu pulak ada dekat rumah orang jaga la adab sikit.” Mindaku pulak berkata.
“Aduhh aku nak buat apa ni? Bosan la pulak. Ibu..Ayeen rindu ibu.” Baru berapa jam ada kat sini aku dah rindu ibu. Macam mana lah aku nak bertahan sampai dua bulan ni. “Sabar Ayeen sabar. Dua bulan tu tak lama. Kejap jer. Pejam celik-pejam celik dah dua bulan. Dah boleh balik.” Kataku cuba memberikan semangat pada diriku sendiri.
******************************************************************************
Entah bila masa aku tertidur pun aku tak tahu la, sedar-sedar aje Mak Tun datang kejutkan aku.
“Ayeen..bangun.” Gerak Mak Tun perlahan.
Aku yang terkejut terpisat-pisat bangun. “Eh Mak Tun. Maaf Ayeen tertidur pulak.” Ujarku.
“Tak apa Mak Tun tahu kamu penat. Hmm Mak Tun nak bagitahu ni yang Datin dah balik. Jom Mak Tun bawa Ayeen kenal-kenal dengan Datin. Datin pun dah tunggu Ayeen tu.”
“ Hah ye ke Mak Tun? Kalau macam tu Mak Tun tunggu kejap ek saya nak pergi basuh muka dulu.” Ujarku seraya berlalu pergi ke bilik air.
Selepas membasuh muka aku terus mengikut Mak Tun ke ruang tamu rumah banglo itu untuk berjumpa dengan datin.
“Maria,ni la Ayeen orang gaji sementara yang Dato’ carikan tu.” Ujar Mak Tun memperkenalkan aku kepada datin.
“Ayeen?” Tanya Datin seolah-olah meminta kepastian tentang nama aku.
“Ain Najla Datin. Tapi orang selalu panggil Ayeen jer.” Balasku pada Datin.
“Oh okey Ayeen. Saya Datin Maria. Kamu boleh panggil saya Aunty Maria jer.” Ujar Datin Maria ramah. Aku hanya tersenyum. Bagusnya family ni walaupun dia orang kaya tapi dia orang tak sombong langsung.
“ Ni saya kenalkan dengan anak saya Aleeya Humaira. Yang ni pulak anak bongsu saya, Aneesa Safiyya. Leeya, Neesa salam dengan kakak sayang.”
Aku cepat-cepat menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-dua anak datin Maria tetapi hanya si adik sahaja yang menyambut salam aku manakala yang si kakak terus berlalu pergi ke biliknya. Dan aku terdengar pintu bilik dihempas dengan kuat.
“Okey, except anak dia yang tu!” kataku dalam hati.
“Aunty minta maaf pasal Aleeya tu. Dia memang macam tu. Aunty pun dah tak tau nak buat macam mana lagi.” Balas Datin Maria sayu.
“ Tak apa lah Aunty. Saya tak kisah pun. Budak-budak biasa la tu.” Aku senyum. Pandangan aku pantas terarah pada adik. Terasa tenang je tengok muka si adik. Tiba-tiba aku jatuh sayang pada adik. Yelah akukan anak bongsu, tak pernah ada adik walaupun masa sekolah dulu ramai je junior-junior yang nak jadi adik angkat aku tapi aku tak pernah ambil serius pun. Malaslah aku nak beradik berangkat ni. Buat pening je nak layan kerenah dia orang, dah la ada yang sesetengah tu tergedik-gedik ya amat. Naik menyampah pulak aku tengok.
“ Kalau macam tu Aunty naik atas dululah. Ayeen pergilah berehat. Buat jer rumah ni macam rumah Ayeen. Nanti kita makan sekali okey?” Datin Maria bersuara meminta diri.
“ Baiklah Aunty.” Ujarku seraya mengangguk.
“ Hmm Leeya tu memang macam tu. Mak Tun harap Ayeen tak kecik hati dengan kelakuan Leeya tadi.” Pujuk Mak Tun.
“ Ishh tak de lah. Saya okey je Mak Tun. Saya faham sangat dah perangai remaja sekarang ni. Hmm tak pe la Mak Tun saya nak pergi mandi dulu nanti saya keluar tolong Mak Tun masak yer.”
“Ehh tak payah susah-susah. Kan Dato’ dah pesan suruh Ayeen berehat je hari ni. Esok baru boleh mula kerja. Jadi, Ayeen berehat jer. Biar Mak Tun yang buat semua tu.” Balas Mak Tun melarang aku dari membuat kerja.
“ Tak ada apa yang susah pun Mak Tun. Hari ni ke esok ke sama je. Mak Tun jangan risau okey. Saya pergi mandi dulu.” Kataku tidak mahu mengalah.
Bab 2..tau masih byk yg perlu diperbetulkan lagi..tapi harap korang suka la ye hehe :)