Followers

Thursday 11 October 2012

Cinta Buat Si Chubby Bab 7

Views

“ Leeya..kau kenapa?asal aku tengok kau diam je dari tadi. Kau ada masalah ea? Kalau kau ada masalah kau ceritalah kat aku. Aku kan kawan baik kau.” Tanya Shima kawan baik Leeya merangkap rakan sekelasnya itu.
“ Haah lah Leeya..kau asal? Kalau kau ada masalah cakaplah kat kitorang ni. Ke kau sakit?” Tanya Fariz pula.
“Aku tak ada apa-apa lah. Aku okey je, cuma aku tak ada mood sikit. Korang jangan risaulah aku okey.” Leeya cuba senyum.
“Kitorang bukan apa Leeya. Kau kan kawan kitorang so, kalau kau jadi muram macam ni kitorang risaulah. Hmm ke kau ada masalah dengan Danny ni?” Tebak Emma pulak.
Shima,Fariz dan Emma merupakan kawan baik Leeya. Mereka berkawan sejak di tingkatan satu lagi. Apa-apa hal mereka selalu bersama. Dan Danny pula, kekasih hati aka boyfriend Leeya.
Leeya tersenyum hambar. “ Aku dengan dia okey jer. Kitorang tak ada apa-apa problem pun.” Balas Leeya pendek.
“Betul ni kau dengan dia tak ada apa-apa problem? Setahu aku dia dah lama tak contact kau kan?” Tanya Shima lagi.
“Dia sibuk kot. Kau tau je la dia kan still study, so maybe dia sibuk dengan assignment dia. Lagipun dia kan tengah final year so, korang paham-paham je la.” Ujar Leeya lagi cuba membela Danny.
“ Kalau macam tu kata kau, baguslah. So, tunggu apa lagi jom la gerak, kata nak gi main bowling tadi. Jadi ke tak ni?” Giliran Fariz pulak bersuara.
“Of course la jadi Iz..aku dah gian ni nak pegang bola bowling tu. Lama betul tak main. Semuanya gara-gara exam la ni. Hampir mati kutu aku kena kurung dengan daddy aku tau tak. So, inilah masanya untuk kita enjoyyyy!!” ucap Emma penuh keriangan.
Leeya hanya tersenyum melihat gelagat teman-temannya itu. Masing-masing ada pe’el tersendiri yang boleh buat dia lupa dengan masalah yang dia tengah hadapi sekarang ini.
“Korang..jom lah cepat. Karang lambat pulak balik. Nanti papa aku bising.” Ajak Shima.
“Yelah-yelah.” Jawab mereka bertiga serentak.


Ilham memakir kereta Rx8 biru kesayangannya itu digaraj banglo tiga tingkat itu. Sambil bersiul-siul kecil dia memasuki rumah. Langkahnya terhenti apabila melihat Leeya sedang termenung seorang diri ditepi kolam mandi.
“Hye sweety!” Ilham menegur adiknya itu. Leeya memandang sekilas abangnya itu tanpa perasaan.
“Hey..kenapa ni? Dari tadi abang tengok Leeya termenung je. Leeya ada masalah ke? Kalau Leeya ada masalah, Leeya bagitaulah abang,mana tau kalau-kalau abang boleh tolong Leeya. Hmm?” Ilham cuba meyelami hati adiknya itu.
“Tak ada apa-apalah abang. Leeya okey je.” Jawab Leeya cuba tersenyum.
“Betul ke ni?” Ilham masih lagi mahu mencuba mengorek rahsia adiknya, Leeya.
Leeya mengangguk cuma.
“Ermm..abang tak percayalah. Ke Leeya ada masalah dengan bf?” Tanya Ilham lagi sambil mengangkat kening,cuba mengusik Leeya.
Leeya tersentak. “Tak adalah. Leeya dengan dia okey je. Kitorang tak ada apa-apa masalah.” Jawab Leeya penuh yakin.
“Ohh jadi betullah Leeya ada bf yer? Siapa budak tu? Abang kenal ke?” Cuba Ilham lagi masih mahu mengorek rahsia.
“ Err..err..” tergagap-gagap Leeya mencari jawapan untuk soalan-soalan abangnya itu. “ Okeylah abang Leeya nak masuk dulu,nak buat homework.” Cepat-cepat Leeya mencipta alasan dan berlalu pergi.
Ilham hanya menggelengkan kepala. Faham sangat dengan perangai adiknya yang seorang ni. Susah betul nak buka mulut kalau orang tanya hal-hal macam ni. Dia terseyum sendirian.

*********

“Assalamualaikum.” Ilham member salam. Tapi, tiada seorang pun yang menjawab salamnya itu. Ilham garu kepala. “Eh mana pulak minah ni pergi. Aku bagi salam tak ada yang jawab pun.” Katanya dalam hati.
Ilham menapak ke ruang tamu apabila ternampak Neesa sedang asyik menonton cerita Oggy and The Cockroaches di saluran Cartoon Network. Tetiba langkahnya terhenti  apabila menyedari ada tubuh yang sedang enak tidur dia atas sofa kuning air itu.
“Ohh kat sini rupanya kau. Patutlah aku bagi salam tak menyahut,tengah buat tahi mata rupanya.” Ilham menggumam ditepi sofa itu.
Ilham tunduk memerhatikan wajah yang sedang enak dibuai mimpi itu. Segenap tubuh itu diperhatikannya. Dari kaki sampailah ke wajah polos milik Ayeen. Dia memegang dadanya yang berdebar hebat secara tiba-tiba.
“Ishh,kenapa hati aku berdebar pulak ni? Takkan lah aku sukakan pompuan ni kot? Ishh mustahillah! Mustahil-mustahil.” Ujar Ilham seakan berbisik sambil mengelengkan kepalanya.
Ayeen yang sudah terjaga itu segera bangun. Tersentak Ilham akibat terkejut. Cepat-cepat dia berlalu pergi ke Neesa yang masih lagi tidak terkutik menonton cerita kartun itu.
“Hey Neesa sayang. Neesa tengok cerita apa ni? Sampai abang balik pun Neesa buat tak tau ye.” Tegur Ilham yang cuba menyembunyikan rasa gelabahnya itu.
Ayeen yang masih lagi dalam keadaan sedikit mamai menegur Ilham. “Dah lama ke kau sampai? Sorrylah aku tertidur,tak sedar pulak bila kau balik.” Ujar Ayeen sambil menahan kuapan.
Ilham mengalihkan pandangannya mengadap Ayeen. “Tau pun kau. Puas aku bagi salam tapi tak ada siapa pun yang sahut. Rupanya kau sedap-sedap jer buat tahi mata kat sini ea.”
Ayeen tersengih. “Aku penatlah. Tu yang aku tertidur.” Balas Ayeen sambil menumbuk-numbuk bahunya yang terasa sedikit sengal itu.
“Erm..aku haus gi ambilkan aku air.” Arah Ilham.
Ayeen tayang muka bosan. “Hii kau ni kan memang tak boleh tengok aku senang langsung,ada ja yang kau nak suruh aku buat.” Bebel Ayeen.
“Of course lah. Kau kan my dear maid aku.” Ilham kenyit mata. “Dah tunggu apa lagi? Cepatlah pergi ambil. I want it now. Now!!” Arah Ilham umpama diktator.
Dengan langkah longlai Ayeen bergerak jugak menuju ke dapur untuk mengambil minuman lelaki itu. Sempat lagi dia buat muka kat Ilham gara-gara tak puas hati dengan lelaki itu.
Ilham pulak tersenyum kemenangan.

disebabkan lama tak update..bagi double lah kat korang..hihihi. harap korang suka. sudi2 lah komen yer. thnks :D

Cinta Buat Si Chubby Bab 6

Views

Memandangkan hari ini Mak Tun cuti, so terpaksalah aku menyiapkan semuanya seorang aku. Bosan pun ada sebab kalau ada Mak Tun boleh la jugak buat sembang. Mak Tun pula rajin bercerita pasal arwah suami dan anak-anak dia. Alhamdulillah anak-anak Mak Tun semuanya berjaya. Kalau tak silap aku anak dia yang sulung Arkitek. Anak yang kedua pula Pensyarah di UPM. Manakala, anak Mak Tun yang bongsu pulak ambil Medic rasanya. Fuhh, pandai Mak Tun didik anak-anak dia.
Hari ini Datin Maria cakap tak payah masak tengah hari sebab nanti malam nak makan besar. So, aku hanya perlu masak sekali saja la petang ni untuk makan malam. Lagipun kalau masak, bukannya ada yang nak makan. Dato’ Iqbal dengan Ilham memang jarang lunch kat rumah. Datin Maria pula ada meeting dengan client hari ni. Yang ada kat rumah ni pun Leeya dengan Neesa je la. Neesa tak banyak kerenah kalau bab-bab makan ni. Bagi je apa pun suma dia makan. Tapi, kalau Leeya aku tak tau la pulak. Haihh masalah-masalah. Aku dah tak tau macam mana lagi nak bercakap dengan Leeya ni.
Baru je aku sebut nama Leeya ni, dia dah muncul kat dapur.panjang betul umur dia.
“Hai Leeya. Leeya nak makan? Nanti Kak Ayeen masakkan. Leeya nak makan apa cakap je ea.” Tegur aku ramah.
Leeya hanya menjeling sambil membuka peti sejuk. Langsung tidak mempedulikan aku.
“ Leeya nak minum? Nak air apa? Tak apa-tak apa..biar Kak Ayeen je yang buat. Leeya duduk je kat kerusi tu.” Aku masih lagi mencuba tidak mau mengalah.
“ Kak Ayeen jangan sibuk boleh tak? Leeya nak minum air apa pun suka hati Leeya lah. Kak Ayeen buat je keje Kak Ayeen tu. Tak payah nak sibuk-sibuk hal orang!” tengking Leeya kuat.
Aku sedikit tersentak. Apakena dengan Leeya ni. Aku cakap baik-baik dengan dia,boleh dia tengking aku. Huu sabar Ayeen sabar.
Aku cuba senyum. “Maaf. Kak Ayeen buka saja-saja nak sibuk hal Leeya. Kak Ayeen hanya menjalankan tanggungjawab Kak Ayeen. Tapi, kalau Leeya tak suka, Kak Ayeen minta maaf.” Aku cuba berdiplomasi.
“Memang pun Leeya tak suka! Leeya tak suka Kak Ayeen tinggal sini! Sejak Kak Ayeen datang semua orang dalam rumah ni dah lupakan Leeya, dah tak ambil peduli pasal Leeya. Ni semua Kak Ayeen punya pasal! Leeya benci Kak Ayeen!!” jerit Leeya seperti orang kena hysteria.
Aku tergamam.
“Leeya!!” Jerkah satu suara. Aku pantas mengalihkan pandangan. Terlihat Ilham tercegat di depan pintu dapur.
“Kenapa Leeya kurang ajar sangat ni? Kenapa Leeya tengking-tengking Kak Ayeen macam tu? Leeya kena ingat walau apa pun keje Kak Ayeen..walau siapa pun Kak Ayeen tu Leeya kena hormat dia sebab dia lebih tua dari Leeya. Leeya kena ingat tu.” Marah Ilham.
Aku masih lagi diam tak berkutik. Masih lagi terkejut dengan perbalahan dua beradik itu.
“ Arghh! Abang Am pun sama je dengan papa dan mama. Semuanya nak bela pompuan ni!” jarit Leeya lantang seraya jarinya menunding kearahku.
“Jangan Encik Ilham!” Aku pantas menghalang sebaik sahaja aku lihat Ilham seperti ingin menaikkan tangannya ke pipi Leeya. Aku telan liur.
“Leeya Kak Ayeen minta maaf kalau kehadiran Kak Ayeen kat rumah ni buat Leeya rasa tersisih. Sumpah demi Allah Kak Ayeen tak berniat pun macam tu. Kak Ayeen datang keje kat sini pun sebab Kak Ayeen terpaksa. Ibu Kak Ayeen yang suruh Kak Ayeen datang sini. Kalau nak ikutkan Kak Ayeen ni, nak je Kak Ayeen duduk dirumah tu jaga ibu Kak Ayeen.” Ujarku cuba menenangkan keadaan.
Leeya hanya merengus. Dia langsung tak ambil kisah dengan apa yang aku perkatakan tadi.
“Leeya pergi naik atas sekarang. Kalau tidak Abang Am bagitau papa pasal ni.” Ugut Ilham.
Leeya pantas berlalu sambil menghentakkan kakinya tanda protes. Dan aku pula terduduk di kerusi meja makan itu. Sungguh aku terkejut dengan apa yang baru terjadi. Aku tak menyangka yang Leeya amat membencikan aku.
Ilham memandang aku. “Dah la. Tak payah la kau fikirkan sangat pasal Leeya tu. Dia memang macam tu. Keras kepala. Degil.”
“Elehh cakap orang pandai. Dia pun sama jer. Dua kali lima. Huh!” Gumamku tanpa sedar.
“kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar lah.” Tanya Ilham sinis.
Erkk! Mampus aku. “Err tak ada apalah. Awalnya kau balik. Apahal?” Tanyaku cuba menutup gugup.
“Saja aku balik nak lunch lah. Kau dah masak belum? Aku lapar ni.”
“Hah? Tak pernah-pernah kau lunch kat rumah tetiba ja hari ni kau balik nak lunch kenapa?” tanyaku pelik.
“Ehh suka hati aku lah nak balik lunch ke tidak. Dah hari ni aku nak lunch kat rumah aku balik lah. Kau dah masak ke belum?” Tanya dia lagi.
“Aku tak masak lah hari ni. Datin tak bagi masak. Kan malam ni adik Datin nak datang, so Datin suruh masak untuk malam ni je.” Balasku.
“Lahh kenapa pulak macamtu. Habis aku dah lapar ni,aku nak makan apa je? Aku tak kira aku nak kau masak jer apa pun yang ada kat dapur ni. Aku nak makan.” Arah Ilham.
Aku mendongakkan kepala. “Kau nak makan apa je?Maggi boleh ke?” aku bertanya malas.
“Kau gila ke  apa makan Maggi tengah-tengah hari buta ni. Aku tak nak. Next menu please.” Balas Ilham lagi.
“Kenapa pulak tak boleh makan magi tengah-tengah hari buta ni. Tadi kau juga yang cakap masak apa je yang ada kat dapur ni. So, maggi je lah.” Balas aku tak mau mengalah. Ishh demand tinggi sungguh mamat ni. Banyak cekadak pulak,aku siku kang baru tau.
“No..no..no.. Aku tak nak makan magi tu. Lagipun magi tak baik untuk kesihatan. Senang dapat penyakit.”
Aku mencebik. “Kalau kau tak nak maggi, nasi gorang pagi tadi ada lagi sikit. Kalau kau nak aku boleh panaskan yang tu je. Kau nak ke tak nak?”
“Nasi goreng je?Hmm boleh lah. Aku pun dah lapar gila ni.” Akhirnya Ilham mengalah. Lapar punya pasal.
“Kalau macam tu kau tunggu je kat depan sana. Nanti dah siap aku hidang kat kau. Kau nak air apa ni? Tanya aku lagi.
“Fresh orange, but please no more garam. Sakit perut aku kau tau tak!” Ilham memberi amaran.
Aku menahan ketawa. Hahaha padan muka kau. Baru kau tau siapa Ayeen yang sebenar. Jangan ingat senang-senang je kau nak buli!

*************

“Kak Yaa..rindunya kat Kak Yaa!” Sapa Puan Mashitah adik kepada Datin Maria. Segera Puan Mashitah merangkul erat kakaknya kedalam pelukan.
“Akak pun rindukan kau Ita. Lama betul kau tak balik sini. Rasanya ada la nak dekat 5 tahun.” Balas Datin Maria pulak sambil membalas pelukan Puan Mashitah.
“Kalau yer pun bawak lah tetamu tu masuk dulu. Ini tak boleh pulak berpeluk sakan depan pintu ni.” Celah Dato’ Iqbal sambil ketawa.
“Orang pompuan macam tu lah Abang Iqbal.” Encik Ikram pulak membalas.
“ Hahaha biasalah tu Ikram. Haa Ikram, Ita jemput masuk. Eh mana Ikmal? Dia tak ikut sekali ke?” Tanya Dato’ Iqbal setelah kelibat anak saudaranya itu tidak kelihatan.
“Ada tu haa..dekat bangku depan sana tu. Kejap lagi dia masuklah. Nak ambil angin malam katanya.” Balas Encik Ikram menjawab pertanyaan abang iparnya itu.
Setibanya sahaja mereka dimeja makan,kedengaran riuh rendah suara Puan Mashitah kerana berasa teruja melihat hidangan makan malam yang berada diatas meja itu.
“Wahh lamanya tak makan masakan Kak Tun ni. Rindu pulak rasanya Kak ya.” Puan Mashitah bersuara riang.
“Eh mana pulak Kak Tun yang masak. Kak Tun tak ada dia cuti, anak-anak dia balik.” Datin Maria menjawab.
“Habis tu siapa yang masak semua ni?” Tanya Puan Mashitah pelik.
Kebetulan aku baru keluar dari dapur untuk menghantar lauk yang terakhir ke meja makan itu.
“Haa..kenalkan ni Ayeen. Dia lah yang masak semua makan malam ni.” Datin Maria memperkenalkan aku pada semua. Aku hanya tersenyum dan segera menyalami Puan Mashitah.
“Apa khabar Puan?” Tanya ku ramah.
“Khabar baik.” Jawab Puan Mashitah. “Siapa ni Kak Ya? Bakal menantu ke manantu?” Tanya Puan Mashitah lagi sambil tersenyum penuh makna.
“Hahaha tak ada la Ita. Ayeen ni orang gaji sementara Kak Ya je. Dia keje sini untuk dua bulan je. Tapi kalau betul jadi menantu pun apa salahnya kan?” mereka berdua ketawa bersama. Aku hanya tersenyum cuma. Aku segera ke dapur untuk mengambil minuman pulak.
“Ohh umur berapa dia? Dia tak sambung belajar dah ke?”
“Dia masih belajar. Tu yang dia keje sementara je kat sini. Sekarang ni dia tengah cuti semester. Eh dah la jom kita makan. Karang lambat-lambat sejuk pulak lauk. Tu dua orang tua tu dah macam tak sabar pulak nak makan.” Ujar Datin Maria.
Ketika aku keluar untuk membawa minuman, kelihatan Ilham datang ke meja makan bersama seorang lelaki yang tidak aku kenali.
“Hah Ilham, Ikmal meh duduk cepat kita makan sekali. Sedap lauk ni tak sabar pulak papa nak makan.” Ujar Dato’ Iqbal pulak.

Semua orang sudah mengambil tempat masing-masing di meja itu. Leeya dengan Neesa jugak tidak ketinggalan. Aku menuang air kedalam gelas mereka dengan penuh cermat.
“Hah Ilham, Mama kamu cakap dekat Mak Ngah tadi yang dia kata dia tak kisah kalau si Ayeen ni jadi menantu dalam rumah ni. Kamu pulak macam mana?” Puan Mashitah bersuara tiba-tiba.
Hampir terlepas gelas ditangan aku. Manakala Ilham pulak membulatkan matanya kerana terkejut dengan soalan cepu emas dari Mak Ngahnya itu.
“What? Menantu? Ohh no..no..no..Am tak akan sesekali kahwin dengan pompuan ni ma. Mama tengok je la dia tu. Manalah Am mampu nak tanggung makan minum dia.” Ilham ketawa. Bongkak sungguh cara dia menjawab itu.
Aku mengigit bibir. “Heh! Macamlah aku nak sangat kahwin dengan kau. Mulut macam puaka. Huh.” Kataku dalam hati.
“Baguslah kalau macamtu. Aku pun tak ingin nak kahwin dengan kau. Mulut macam puaka. Kalau bagi buaya makan pun tak lalu tau!” tanpa sedar bibir aku menuturkan kata-kata itu.
Semua orang dimeja makan itu terdiam. Tapi,aku sempat menangkap seyuman nipis di bibir laki yang duduk disebelah Ilham itu.
Erkk! Aku cepat-cepat menutup mulut aku dengan tangan. Oppps, macam mana boleh terlepas cakap pulak ni. Aku tersengih.
“Err..jemput makan semuaaa.” Ujarku. Aku cepat-cepat ingin membuka langkah. Belum sempat aku melangkah pergi aku terdengar suara Dato’ iqbal memanggil namaku.
“Ayeen.” Panggil Dato’ Iqbal.
“Hah, ye Dato’?” jawabku takut-takut.
“Nak kemana tu? Marilah makan sekali.” Ajak Dato’ Iqbal.
“Haa betul tu Ayeen. Jom la makan sekali. Mari duduk sini.” Ajak Datin Maria pulak.
Belum pun sempat aku menjawab, aku terdengar suara seseorang tolong jawabkan untuk aku.
“Alahh, buat apalah sibuk-sibuk ajak dia makan sekali dengan kita..mama,papa. Diakan orang gaji je kat rumah ni. Dah orang gaji tu buatlah cara orang gaji. Tempat dia kat dapur. Makan je kat dapur tu.” Leeya bersuara dengan nada sinis.
“Leeyaaa!” Dato’ Iqbal cuba member amaran kepada Leeya. Tapi, aku pantas mencelah.
“Err tak apalah Dato’. Betul lah tu apa yang dikatakan Leeya tadi. Lagipun saya dah kenyang. Saya masuk dalam dulu.” Pamitku segera berlalu pergi.
Setibanya aku di dapur,pantas saja aku menyeka air mata yang mula bertakung ditubir mata. Aku menarik nafas dalam-dalam cuba membuang rasa yang semakin meyesakkan dada aku ni. Tetiba aku rindukan ibu.
“Ibu…” Ujarku sayu.

Sorry lama tak update..bz dgn kelas etc..etc.. nty cuti sem InsyaAllah saya akan sambung lg :)


Tuesday 29 May 2012

Cinta Buat Si Chubby Bab 5

Views
Ilham masuk kedapur untuk minum air. Aku yang ketika itu tengah sibuk membancuh tepung untuk menggoreng pisang sebagai hidangan petang tidak menghiraukan kehadiran lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu bersuara.
“ Jom ikut aku.” Ilham memberi arahan.
Aku tersentak lalu pantas berkalih memandangnya. “Ikut dia? Pergi mana?” Tanya aku dalam hati.
Aku kerut dahi. “Ikut kau? Nak pergi mana?” Tanya aku meminta kepastian.
“Kau ni kan kalau tak kerutkan dahi kau tu tak boleh ke? Sikit-sikit kerut dahi. Orang yang suka kerut-kerutkan dahi ni kan nanti cepat tua.” Tingkah Ilham lalu menunjal dahi aku.
Aku pantas menepis. “ Ehh apahal ni main tunjal-tunjal dahi aku pulak. Ingat dahi aku ni tak ada insurans ke ha? Tepilah aku nak buat kerja ni. Karang aku tak buat kerja ada yang kata aku makan gaji buta pulak.” Bidas aku.
Ilham ketawa. “Garang jugak kau ni ea? Aku nak gurau sikit pun tak boleh.” Balas Ilham lagi.
“ Aku tak ada masalah nak bergurau senda dengan kau. Banyak lagi kerja yang aku boleh buat dari aku bergurau senda dengan kau, tau tak?” balas aku tak bernada.
Hek eleh minah ni,nak tunjuk kerek pulak depan aku. Macamlah aku suka sangat nak bergurau senda dengan dia. “ Hek elehh kau ni, macamlah aku suka sangat nak bergurau senda dengan kau. Aku nak ajak kau pergi satu tempat ni. Pergilah siap cepat.” Arah Ilham lagi kembali serius.
“ Tak nak.” Balasku pendek.
“Jom.” Ajak dia lagi.
“Tak..nak!” kataku sedikit kuat. Mujurlah Mak Tun tak ada masa itu. Kalau tidak maunya dua-dua kena ceramah free je dengan Mak Tun.
“Aku kata jom..jom lah. Kenapalah kau ni degil sangat haa?”
“Aku cakap tak nak..tak nak lah. Kenapalah kau tak dengar cakap sangat haa?”
“Ohh kau nak main-mainkan aku ea?”
“Bila masa pulak aku nak main-mainkan kau? Kan aku cakap tak nak tu tak nak lah. Kau jangan paksa aku boleh tak? Aku nak buat keje ni. Nanti Dato’ balik nak makan. Kau kalau tak nak makan kau boleh keluar, dan tolong jangan kacau aku.”Ujarku lagi.
“ Mak Tun kan ada. Suruh je lah Mak Tun yang buatkan.” Balasnya lagi tak mau mengalah.
“ Mak Tun tak ada lah. Mak Tun balik awal hari ni. Anak-anak dia balik sini so, dia nak bersama-sama dengan anak-anak dialah.” Mak Tun pun dah minta cuti 2 hari. Nampaknya esok dengan lusa akulah yang kena uruskan semua kerja-kerja kat rumah ni.
Ilham mengeluh. “Nampaknya plan aku tak jadi la hari ni. Kena tangguh dulu la. Tak pa Ilham, take your time. Kau kena plan benda ni baik punya barulah best.hehehe.” Ilham tersengih dalam hati.
“ Hmm kalau macam tu tak apalah. Kau sambung je lah buat keje kau tu.” Ujarnya sebelum berlalu pergi.
Aku hanya memandangnya dengan kening yang sedikit terangkat. Pelik. Ni mesti dia ada plan something. Kau kena hati-hati Ayeen. Jangan sampai masuk ke perangkap dia.
“ Ya, aku mesti berhati-hati.” Ujarku tanpa sedar.
“Apa yang mesti hati-hatinya Ayeen?” Tanya Datin Maria.
Erkk! Aku tersengih. Sejak bila Datin Maria masuk sini. Tak perasan pulak aku.
“ Ehh Aunty. Tak ada apa-apalah. Ni ha pasal nak goreng pisang ni. Mak Tun ada pesan kalau nak goreng pisang ni kena hati-hati nanti terkena minyak pulak.” Tipu aku.
“ Ohh Aunty ingat apalah tadi. Ayeen dengan Ilham bualkan apa jer tadi? Aunty rasa lama jugak Ilham kat dapur ni. Ke dia ada kacau kamu?” Tanya Aunty Maria.
“ Tak ada apalah Aunty. Kitorang bual-bual kosong je.” Balasku cuba berselindung.
Datin Maria tersenyum. “Baguslah kalau macam tu. Aunty bukan apa, Aunty kenal sangat anak bujang Aunty tu. Dia tu kuat mengusik. Kot-kot lah dia ada kacau kamu nanti kamu bagitau je Aunty yer. Biar Aunty sekolah kan dia.”
Aku ketawa kecil bila mendengar kata-kata Datin Maria itu. “Tak ada apa-apalah Aunty. Kitorang baik-baik jer” ujarku lagi cuba berselindung. Mana mungkin aku bagitahu Datin Maria pasal peperangan aku dengan anak bujang dia tu. Nanti apa pulak yang difikirkan Datin Maria.
Datin Maria hanya mengangguk. “ Haa esok Mak Tun tak datang, cuti. Ayeen tau kan?”
Aku pula mengangguk. “ Kenapa Aunty? Aunty ada nak apa-apa ke?” tanyaku.
“Macam ni Ayeen. Esok adik saya yang dari Canada nak datang. Diorang baru balik sini kemarin. So, saya ingat nak buat makan-makan sikit. Ayeen bolehkan tolong masakkan?”
“ Ohh, Insya-Allah boleh je Aunty. Aunty bagi je menu apa yang Aunty nak saya masakkan. Insya-Allah saya akan masakkan.” Balasku lagi.
“ Kalau macam tu baguslah. Esok saya berikan menu tu pada Ayeen ye. Dato’ dah balik tu. Kamu dah siapkan minum petang?”Tanya Datin Maria.
“Dah Aunty. Nanti saya hidangkan di depan yer.”
“Baiklah.” Ujar Datin Maria pendek sebelum melangkah pergi.

Bab 5..maaflah sebab bab 5 sikit jer..but I'll try my best hehe enjoy reading yah peeps :)