Memandangkan hari ini Mak Tun cuti, so terpaksalah
aku menyiapkan semuanya seorang aku. Bosan pun ada sebab kalau ada Mak Tun
boleh la jugak buat sembang. Mak Tun pula rajin bercerita pasal arwah suami dan
anak-anak dia. Alhamdulillah anak-anak Mak Tun semuanya berjaya. Kalau tak
silap aku anak dia yang sulung Arkitek. Anak yang kedua pula Pensyarah di UPM.
Manakala, anak Mak Tun yang bongsu pulak ambil Medic rasanya. Fuhh, pandai Mak
Tun didik anak-anak dia.
Hari ini Datin Maria cakap tak payah masak tengah
hari sebab nanti malam nak makan besar. So, aku hanya perlu masak sekali saja
la petang ni untuk makan malam. Lagipun kalau masak, bukannya ada yang nak
makan. Dato’ Iqbal dengan Ilham memang jarang lunch kat rumah. Datin Maria pula
ada meeting dengan client hari ni. Yang ada kat rumah ni pun Leeya dengan Neesa
je la. Neesa tak banyak kerenah kalau bab-bab makan ni. Bagi je apa pun suma
dia makan. Tapi, kalau Leeya aku tak tau la pulak. Haihh masalah-masalah. Aku
dah tak tau macam mana lagi nak bercakap dengan Leeya ni.
Baru je aku sebut nama Leeya ni, dia dah muncul kat
dapur.panjang betul umur dia.
“Hai Leeya. Leeya nak makan? Nanti Kak Ayeen
masakkan. Leeya nak makan apa cakap je ea.” Tegur aku ramah.
Leeya hanya menjeling sambil membuka peti sejuk.
Langsung tidak mempedulikan aku.
“ Leeya nak minum? Nak air apa? Tak apa-tak
apa..biar Kak Ayeen je yang buat. Leeya duduk je kat kerusi tu.” Aku masih lagi
mencuba tidak mau mengalah.
“ Kak Ayeen jangan sibuk boleh tak? Leeya nak minum
air apa pun suka hati Leeya lah. Kak Ayeen buat je keje Kak Ayeen tu. Tak payah
nak sibuk-sibuk hal orang!” tengking Leeya kuat.
Aku sedikit tersentak. Apakena dengan Leeya ni. Aku
cakap baik-baik dengan dia,boleh dia tengking aku. Huu sabar Ayeen sabar.
Aku cuba senyum. “Maaf. Kak Ayeen buka saja-saja nak
sibuk hal Leeya. Kak Ayeen hanya menjalankan tanggungjawab Kak Ayeen. Tapi,
kalau Leeya tak suka, Kak Ayeen minta maaf.” Aku cuba berdiplomasi.
“Memang pun Leeya tak suka! Leeya tak suka Kak Ayeen
tinggal sini! Sejak Kak Ayeen datang semua orang dalam rumah ni dah lupakan
Leeya, dah tak ambil peduli pasal Leeya. Ni semua Kak Ayeen punya pasal! Leeya
benci Kak Ayeen!!” jerit Leeya seperti orang kena hysteria.
Aku tergamam.
“Leeya!!” Jerkah satu suara. Aku pantas mengalihkan
pandangan. Terlihat Ilham tercegat di depan pintu dapur.
“Kenapa Leeya kurang ajar sangat ni? Kenapa Leeya
tengking-tengking Kak Ayeen macam tu? Leeya kena ingat walau apa pun keje Kak
Ayeen..walau siapa pun Kak Ayeen tu Leeya kena hormat dia sebab dia lebih tua
dari Leeya. Leeya kena ingat tu.” Marah Ilham.
Aku masih lagi diam tak berkutik. Masih lagi
terkejut dengan perbalahan dua beradik itu.
“ Arghh! Abang Am pun sama je dengan papa dan mama.
Semuanya nak bela pompuan ni!” jarit Leeya lantang seraya jarinya menunding
kearahku.
“Jangan Encik Ilham!” Aku pantas menghalang sebaik
sahaja aku lihat Ilham seperti ingin menaikkan tangannya ke pipi Leeya. Aku
telan liur.
“Leeya Kak Ayeen minta maaf kalau kehadiran Kak
Ayeen kat rumah ni buat Leeya rasa tersisih. Sumpah demi Allah Kak Ayeen tak
berniat pun macam tu. Kak Ayeen datang keje kat sini pun sebab Kak Ayeen
terpaksa. Ibu Kak Ayeen yang suruh Kak Ayeen datang sini. Kalau nak ikutkan Kak
Ayeen ni, nak je Kak Ayeen duduk dirumah tu jaga ibu Kak Ayeen.” Ujarku cuba
menenangkan keadaan.
Leeya hanya merengus. Dia langsung tak ambil kisah
dengan apa yang aku perkatakan tadi.
“Leeya pergi naik atas sekarang. Kalau tidak Abang
Am bagitau papa pasal ni.” Ugut Ilham.
Leeya pantas berlalu sambil menghentakkan kakinya
tanda protes. Dan aku pula terduduk di kerusi meja makan itu. Sungguh aku
terkejut dengan apa yang baru terjadi. Aku tak menyangka yang Leeya amat
membencikan aku.
Ilham memandang aku. “Dah la. Tak payah la kau
fikirkan sangat pasal Leeya tu. Dia memang macam tu. Keras kepala. Degil.”
“Elehh cakap orang pandai. Dia pun sama jer. Dua
kali lima. Huh!” Gumamku tanpa sedar.
“kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar lah.” Tanya
Ilham sinis.
Erkk! Mampus aku. “Err tak ada apalah. Awalnya kau
balik. Apahal?” Tanyaku cuba menutup gugup.
“Saja aku balik nak lunch lah. Kau dah masak belum?
Aku lapar ni.”
“Hah? Tak pernah-pernah kau lunch kat rumah tetiba
ja hari ni kau balik nak lunch kenapa?” tanyaku pelik.
“Ehh suka hati aku lah nak balik lunch ke tidak. Dah
hari ni aku nak lunch kat rumah aku balik lah. Kau dah masak ke belum?” Tanya
dia lagi.
“Aku tak masak lah hari ni. Datin tak bagi masak.
Kan malam ni adik Datin nak datang, so Datin suruh masak untuk malam ni je.”
Balasku.
“Lahh kenapa pulak macamtu. Habis aku dah lapar
ni,aku nak makan apa je? Aku tak kira aku nak kau masak jer apa pun yang ada
kat dapur ni. Aku nak makan.” Arah Ilham.
Aku mendongakkan kepala. “Kau nak makan apa je?Maggi
boleh ke?” aku bertanya malas.
“Kau gila ke
apa makan Maggi tengah-tengah hari buta ni. Aku tak nak. Next menu
please.” Balas Ilham lagi.
“Kenapa pulak tak boleh makan magi tengah-tengah
hari buta ni. Tadi kau juga yang cakap masak apa je yang ada kat dapur ni. So,
maggi je lah.” Balas aku tak mau mengalah. Ishh demand tinggi sungguh mamat ni.
Banyak cekadak pulak,aku siku kang baru tau.
“No..no..no.. Aku tak nak makan magi tu. Lagipun
magi tak baik untuk kesihatan. Senang dapat penyakit.”
Aku mencebik. “Kalau kau tak nak maggi, nasi gorang
pagi tadi ada lagi sikit. Kalau kau nak aku boleh panaskan yang tu je. Kau nak
ke tak nak?”
“Nasi goreng je?Hmm boleh lah. Aku pun dah lapar
gila ni.” Akhirnya Ilham mengalah. Lapar punya pasal.
“Kalau macam tu kau tunggu je kat depan sana. Nanti
dah siap aku hidang kat kau. Kau nak air apa ni? Tanya aku lagi.
“Fresh orange, but please no more garam. Sakit perut
aku kau tau tak!” Ilham memberi amaran.
Aku menahan ketawa. Hahaha padan muka kau. Baru kau
tau siapa Ayeen yang sebenar. Jangan ingat senang-senang je kau nak buli!
*************
“Kak Yaa..rindunya kat
Kak Yaa!” Sapa Puan Mashitah adik kepada Datin Maria. Segera Puan Mashitah
merangkul erat kakaknya kedalam pelukan.
“Akak pun rindukan kau
Ita. Lama betul kau tak balik sini. Rasanya ada la nak dekat 5 tahun.” Balas
Datin Maria pulak sambil membalas pelukan Puan Mashitah.
“Kalau yer pun bawak
lah tetamu tu masuk dulu. Ini tak boleh pulak berpeluk sakan depan pintu ni.”
Celah Dato’ Iqbal sambil ketawa.
“Orang pompuan macam tu
lah Abang Iqbal.” Encik Ikram pulak membalas.
“ Hahaha biasalah tu
Ikram. Haa Ikram, Ita jemput masuk. Eh mana Ikmal? Dia tak ikut sekali ke?”
Tanya Dato’ Iqbal setelah kelibat anak saudaranya itu tidak kelihatan.
“Ada tu haa..dekat
bangku depan sana tu. Kejap lagi dia masuklah. Nak ambil angin malam katanya.”
Balas Encik Ikram menjawab pertanyaan abang iparnya itu.
Setibanya sahaja mereka
dimeja makan,kedengaran riuh rendah suara Puan Mashitah kerana berasa teruja
melihat hidangan makan malam yang berada diatas meja itu.
“Wahh lamanya tak makan
masakan Kak Tun ni. Rindu pulak rasanya Kak ya.” Puan Mashitah bersuara riang.
“Eh mana pulak Kak Tun
yang masak. Kak Tun tak ada dia cuti, anak-anak dia balik.” Datin Maria
menjawab.
“Habis tu siapa yang
masak semua ni?” Tanya Puan Mashitah pelik.
Kebetulan aku baru
keluar dari dapur untuk menghantar lauk yang terakhir ke meja makan itu.
“Haa..kenalkan ni
Ayeen. Dia lah yang masak semua makan malam ni.” Datin Maria memperkenalkan aku
pada semua. Aku hanya tersenyum dan segera menyalami Puan Mashitah.
“Apa khabar Puan?”
Tanya ku ramah.
“Khabar baik.” Jawab
Puan Mashitah. “Siapa ni Kak Ya? Bakal menantu ke manantu?” Tanya Puan Mashitah
lagi sambil tersenyum penuh makna.
“Hahaha tak ada la Ita.
Ayeen ni orang gaji sementara Kak Ya je. Dia keje sini untuk dua bulan je. Tapi
kalau betul jadi menantu pun apa salahnya kan?” mereka berdua ketawa bersama.
Aku hanya tersenyum cuma. Aku segera ke dapur untuk mengambil minuman pulak.
“Ohh umur berapa dia?
Dia tak sambung belajar dah ke?”
“Dia masih belajar. Tu
yang dia keje sementara je kat sini. Sekarang ni dia tengah cuti semester. Eh
dah la jom kita makan. Karang lambat-lambat sejuk pulak lauk. Tu dua orang tua
tu dah macam tak sabar pulak nak makan.” Ujar Datin Maria.
Ketika aku keluar untuk
membawa minuman, kelihatan Ilham datang ke meja makan bersama seorang lelaki
yang tidak aku kenali.
“Hah Ilham, Ikmal meh
duduk cepat kita makan sekali. Sedap lauk ni tak sabar pulak papa nak makan.”
Ujar Dato’ Iqbal pulak.
Semua orang sudah
mengambil tempat masing-masing di meja itu. Leeya dengan Neesa jugak tidak
ketinggalan. Aku menuang air kedalam gelas mereka dengan penuh cermat.
“Hah Ilham, Mama kamu
cakap dekat Mak Ngah tadi yang dia kata dia tak kisah kalau si Ayeen ni jadi
menantu dalam rumah ni. Kamu pulak macam mana?” Puan Mashitah bersuara
tiba-tiba.
Hampir terlepas gelas
ditangan aku. Manakala Ilham pulak membulatkan matanya kerana terkejut dengan
soalan cepu emas dari Mak Ngahnya itu.
“What? Menantu? Ohh
no..no..no..Am tak akan sesekali kahwin dengan pompuan ni ma. Mama tengok je la
dia tu. Manalah Am mampu nak tanggung makan minum dia.” Ilham ketawa. Bongkak
sungguh cara dia menjawab itu.
Aku mengigit bibir. “Heh!
Macamlah aku nak sangat kahwin dengan kau. Mulut macam puaka. Huh.” Kataku
dalam hati.
“Baguslah kalau
macamtu. Aku pun tak ingin nak kahwin dengan kau. Mulut macam puaka. Kalau bagi
buaya makan pun tak lalu tau!” tanpa sedar bibir aku menuturkan kata-kata itu.
Semua orang dimeja
makan itu terdiam. Tapi,aku sempat menangkap seyuman nipis di bibir laki yang
duduk disebelah Ilham itu.
Erkk! Aku cepat-cepat menutup
mulut aku dengan tangan. Oppps, macam mana boleh terlepas cakap pulak ni. Aku
tersengih.
“Err..jemput makan
semuaaa.” Ujarku. Aku cepat-cepat ingin membuka langkah. Belum sempat aku
melangkah pergi aku terdengar suara Dato’ iqbal memanggil namaku.
“Ayeen.” Panggil Dato’
Iqbal.
“Hah, ye Dato’?”
jawabku takut-takut.
“Nak kemana tu? Marilah
makan sekali.” Ajak Dato’ Iqbal.
“Haa betul tu Ayeen.
Jom la makan sekali. Mari duduk sini.” Ajak Datin Maria pulak.
Belum pun sempat aku
menjawab, aku terdengar suara seseorang tolong jawabkan untuk aku.
“Alahh, buat apalah
sibuk-sibuk ajak dia makan sekali dengan kita..mama,papa. Diakan orang gaji je
kat rumah ni. Dah orang gaji tu buatlah cara orang gaji. Tempat dia kat dapur.
Makan je kat dapur tu.” Leeya bersuara dengan nada sinis.
“Leeyaaa!” Dato’ Iqbal
cuba member amaran kepada Leeya. Tapi, aku pantas mencelah.
“Err tak apalah Dato’.
Betul lah tu apa yang dikatakan Leeya tadi. Lagipun saya dah kenyang. Saya
masuk dalam dulu.” Pamitku segera berlalu pergi.
Setibanya aku di
dapur,pantas saja aku menyeka air mata yang mula bertakung ditubir mata. Aku
menarik nafas dalam-dalam cuba membuang rasa yang semakin meyesakkan dada aku
ni. Tetiba aku rindukan ibu.
“Ibu…” Ujarku sayu.
Sorry lama tak update..bz dgn kelas etc..etc.. nty cuti sem InsyaAllah saya akan sambung lg :)
No comments:
Post a Comment
Ehh komen la siket..hehe :)