Followers

Thursday 11 October 2012

Cinta Buat Si Chubby Bab 7

Views

“ Leeya..kau kenapa?asal aku tengok kau diam je dari tadi. Kau ada masalah ea? Kalau kau ada masalah kau ceritalah kat aku. Aku kan kawan baik kau.” Tanya Shima kawan baik Leeya merangkap rakan sekelasnya itu.
“ Haah lah Leeya..kau asal? Kalau kau ada masalah cakaplah kat kitorang ni. Ke kau sakit?” Tanya Fariz pula.
“Aku tak ada apa-apa lah. Aku okey je, cuma aku tak ada mood sikit. Korang jangan risaulah aku okey.” Leeya cuba senyum.
“Kitorang bukan apa Leeya. Kau kan kawan kitorang so, kalau kau jadi muram macam ni kitorang risaulah. Hmm ke kau ada masalah dengan Danny ni?” Tebak Emma pulak.
Shima,Fariz dan Emma merupakan kawan baik Leeya. Mereka berkawan sejak di tingkatan satu lagi. Apa-apa hal mereka selalu bersama. Dan Danny pula, kekasih hati aka boyfriend Leeya.
Leeya tersenyum hambar. “ Aku dengan dia okey jer. Kitorang tak ada apa-apa problem pun.” Balas Leeya pendek.
“Betul ni kau dengan dia tak ada apa-apa problem? Setahu aku dia dah lama tak contact kau kan?” Tanya Shima lagi.
“Dia sibuk kot. Kau tau je la dia kan still study, so maybe dia sibuk dengan assignment dia. Lagipun dia kan tengah final year so, korang paham-paham je la.” Ujar Leeya lagi cuba membela Danny.
“ Kalau macam tu kata kau, baguslah. So, tunggu apa lagi jom la gerak, kata nak gi main bowling tadi. Jadi ke tak ni?” Giliran Fariz pulak bersuara.
“Of course la jadi Iz..aku dah gian ni nak pegang bola bowling tu. Lama betul tak main. Semuanya gara-gara exam la ni. Hampir mati kutu aku kena kurung dengan daddy aku tau tak. So, inilah masanya untuk kita enjoyyyy!!” ucap Emma penuh keriangan.
Leeya hanya tersenyum melihat gelagat teman-temannya itu. Masing-masing ada pe’el tersendiri yang boleh buat dia lupa dengan masalah yang dia tengah hadapi sekarang ini.
“Korang..jom lah cepat. Karang lambat pulak balik. Nanti papa aku bising.” Ajak Shima.
“Yelah-yelah.” Jawab mereka bertiga serentak.


Ilham memakir kereta Rx8 biru kesayangannya itu digaraj banglo tiga tingkat itu. Sambil bersiul-siul kecil dia memasuki rumah. Langkahnya terhenti apabila melihat Leeya sedang termenung seorang diri ditepi kolam mandi.
“Hye sweety!” Ilham menegur adiknya itu. Leeya memandang sekilas abangnya itu tanpa perasaan.
“Hey..kenapa ni? Dari tadi abang tengok Leeya termenung je. Leeya ada masalah ke? Kalau Leeya ada masalah, Leeya bagitaulah abang,mana tau kalau-kalau abang boleh tolong Leeya. Hmm?” Ilham cuba meyelami hati adiknya itu.
“Tak ada apa-apalah abang. Leeya okey je.” Jawab Leeya cuba tersenyum.
“Betul ke ni?” Ilham masih lagi mahu mencuba mengorek rahsia adiknya, Leeya.
Leeya mengangguk cuma.
“Ermm..abang tak percayalah. Ke Leeya ada masalah dengan bf?” Tanya Ilham lagi sambil mengangkat kening,cuba mengusik Leeya.
Leeya tersentak. “Tak adalah. Leeya dengan dia okey je. Kitorang tak ada apa-apa masalah.” Jawab Leeya penuh yakin.
“Ohh jadi betullah Leeya ada bf yer? Siapa budak tu? Abang kenal ke?” Cuba Ilham lagi masih mahu mengorek rahsia.
“ Err..err..” tergagap-gagap Leeya mencari jawapan untuk soalan-soalan abangnya itu. “ Okeylah abang Leeya nak masuk dulu,nak buat homework.” Cepat-cepat Leeya mencipta alasan dan berlalu pergi.
Ilham hanya menggelengkan kepala. Faham sangat dengan perangai adiknya yang seorang ni. Susah betul nak buka mulut kalau orang tanya hal-hal macam ni. Dia terseyum sendirian.

*********

“Assalamualaikum.” Ilham member salam. Tapi, tiada seorang pun yang menjawab salamnya itu. Ilham garu kepala. “Eh mana pulak minah ni pergi. Aku bagi salam tak ada yang jawab pun.” Katanya dalam hati.
Ilham menapak ke ruang tamu apabila ternampak Neesa sedang asyik menonton cerita Oggy and The Cockroaches di saluran Cartoon Network. Tetiba langkahnya terhenti  apabila menyedari ada tubuh yang sedang enak tidur dia atas sofa kuning air itu.
“Ohh kat sini rupanya kau. Patutlah aku bagi salam tak menyahut,tengah buat tahi mata rupanya.” Ilham menggumam ditepi sofa itu.
Ilham tunduk memerhatikan wajah yang sedang enak dibuai mimpi itu. Segenap tubuh itu diperhatikannya. Dari kaki sampailah ke wajah polos milik Ayeen. Dia memegang dadanya yang berdebar hebat secara tiba-tiba.
“Ishh,kenapa hati aku berdebar pulak ni? Takkan lah aku sukakan pompuan ni kot? Ishh mustahillah! Mustahil-mustahil.” Ujar Ilham seakan berbisik sambil mengelengkan kepalanya.
Ayeen yang sudah terjaga itu segera bangun. Tersentak Ilham akibat terkejut. Cepat-cepat dia berlalu pergi ke Neesa yang masih lagi tidak terkutik menonton cerita kartun itu.
“Hey Neesa sayang. Neesa tengok cerita apa ni? Sampai abang balik pun Neesa buat tak tau ye.” Tegur Ilham yang cuba menyembunyikan rasa gelabahnya itu.
Ayeen yang masih lagi dalam keadaan sedikit mamai menegur Ilham. “Dah lama ke kau sampai? Sorrylah aku tertidur,tak sedar pulak bila kau balik.” Ujar Ayeen sambil menahan kuapan.
Ilham mengalihkan pandangannya mengadap Ayeen. “Tau pun kau. Puas aku bagi salam tapi tak ada siapa pun yang sahut. Rupanya kau sedap-sedap jer buat tahi mata kat sini ea.”
Ayeen tersengih. “Aku penatlah. Tu yang aku tertidur.” Balas Ayeen sambil menumbuk-numbuk bahunya yang terasa sedikit sengal itu.
“Erm..aku haus gi ambilkan aku air.” Arah Ilham.
Ayeen tayang muka bosan. “Hii kau ni kan memang tak boleh tengok aku senang langsung,ada ja yang kau nak suruh aku buat.” Bebel Ayeen.
“Of course lah. Kau kan my dear maid aku.” Ilham kenyit mata. “Dah tunggu apa lagi? Cepatlah pergi ambil. I want it now. Now!!” Arah Ilham umpama diktator.
Dengan langkah longlai Ayeen bergerak jugak menuju ke dapur untuk mengambil minuman lelaki itu. Sempat lagi dia buat muka kat Ilham gara-gara tak puas hati dengan lelaki itu.
Ilham pulak tersenyum kemenangan.

disebabkan lama tak update..bagi double lah kat korang..hihihi. harap korang suka. sudi2 lah komen yer. thnks :D

No comments:

Post a Comment

Ehh komen la siket..hehe :)